|
Takaful dan Insurance Islam yang halal di Malaysia ENGLISH
TAKAFUL INSURANCE
|
|
|
|
Takaful di Malaysia diluluskan oleh Bank Negara Malaysia Tuntutan takaful (bayar bil dahulu dan tuntut VS kad perubatan) | |
|
Takaful di Malaysia diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
Syarikat yang mengendalikan perniagaan takaful di Malaysia perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu terutama yang membabitkan Syariah sebelum diberi lesen takaful oleh Bank Negara Malaysia (Seksyen 6 Akta Takaful 1984). Syarikat tersebut mestilah melantik Badan Penasihat Syariah bagi memastikan perniagaan dijalankan berlandaskan Syariah (Seksyen 8 Akta Takaful 1984).
| |
|
Takaful hayat dan takaful perubatan adalah berbeza
Ramai rakyat Malaysia yang terkeliru membezakan perkataan hayat dan perkataan perubatan atau kemalangan. Takaful hayat biasanya melindungi kes-kes berprofil tinggi seperti kematian, kecacatan kekal, kecatatan separa, penyakit kritikal dan pembedahan kritikal. Manakala takaful perubatan dan kemalangan melindungi kes-kes seperti kemalangan kecil, pembedahan biasa, kemalangan yang tidak melibatkan kecacatan dan penyakit-penyakit tidak kritikal seperti denggi dan sebagainya tertakluk kepada pelan persetujuan yang telah dipersetujui semasa perjanjian dibuat.
| |
|
Bayar bil kemudian tuntut VS kad perubatan
Kad insuran atau kad perubatan memudahkan mangsa dikenali sebagai pemegang kontrak takaful terutama dalam situasi kritikal tanpa memerlukan pembuktian melalui kontrak asal yang biasanya disimpan di rumah. Kaedah pembayaran bil pula akan melibatkan tuntutan hospital terus kepada syarikat takaful tanpa memerlukan pembayaran sendiri oleh mangsa. Ini bermaksud mangsa tidak perlu risau tentang masalah kewangan untuk membayar bil tambahan pula terpaksa melalui prosedur tuntutan dengan syarikat takaful.
| |
|
| |
|
Kenapa takaful hayat penting di Malaysia
Tiga sebab utama iaitu (1)hutang yang bakal ditinggalkan (kematian dan kecatatan kekal), (2)tidak berupaya bekerja mendapatkan pendapatan (kecacatan kekal) dan (3)rawatan kes berprofil tinggi adalah bukan percuma. Kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat Malaysia mendapatkan kontrak insuran atau takaful hayat kerana pembiayaan rawatan bagi penyakit kritikal memerlukan perbelanjaan besar walaupun di hospital kerajaan.
| |
|
| |
| |
|
|
|
TAKAFUL HAYAT
TAKAFUL PERUBATAN KEMALANGAN RINGAN RAWATAN HOSPITAL
|