Panduan Takaful dan Insuran di Malaysia


PANDUAN TAKAFUL INSURAN

             Takaful dan Insuran merupakan teman ketika kita susah. Maka pemilihan takaful memerlukan panduan yang sesuai kerana tidak semua teman atau rakan yang mampu membantu ketika kita susah.


PANDUAN

TAKAFUL

 

PRODUK TAKAFUL

 

KEPENTINGAN TAKAFUL

 

EJEN TAKAFUL

 

TAKAFUL PENIPU

 

BLOG TAKAFUL

 

Panduan Memilih Takaful atau Insuran

 

1. Takaful atau insuran perlu dipilih ibarat memilih pasangan hidup kita. Ini adalah kerana perlindungan yang kita harapkan adalah berjangka masa panjang iaitu seumur hidup. Samalah seperti memilih suami atau isteri untuk saling menjaga ketika susah.

 

2. 'Tak kenal maka tak cinta". Maka panduan yang paling penting ialah kita perlu mengkaji dan mengetahui sebanyak mungkin segala informasi tentang takaful dan insuran. Selepas mendapatkan segala info barulah buat pemilihan.

3. Jumpa seberapa banyak ejen atau wakil dari seberapa banyak syarikat. Adakah wajar kita terus memilih sesuatu produk takaful atau insuran hanya selepas mendengar penerangan selama 30 minit sahaja daripada hanya seorang ejen daripada hanya satu syarikat sahaja sedangkan apa yang kita pilih itu akan menjadi teman hidup kita  seumur hidup?

 

4.  Dapatkan pendapat pengguna yang lain. Ibarat ingin membeli sebuah kereta yang biasanya kita bayar RM600.00 setiap bulan, sedah tentulah kita akan mendapatkan komen atau pendapat daripada pengguna lain. Begitulah juga takaful atau insuran, walaupun dengan bayaran serendah RM100.00 sebulan, tetapi yang penting ialah sebanyak mana peranan yang mampu dimainkan ketika kita susah.

 

5.  Bank Negara Malaysia merupakan institusi yang mengawal industri ini di Malaysia. Maka boleh juga kita dapatkan maklumat daripada Bank Negara Malaysia.

 

6.  Boleh juga bertanya kepada kenalan-kenalan di hospital. Kita boleh tahu syarikat manakah yang memberikan perkhidmatan terbaik dari segi pembayaran tuntutan dan sebagainya.

 

TAKAFUL HAYAT

KEMATIAN

HILANG UPAYA KEKAL

KEMALANGAN MAUT

SAKIT KRITIKAL

PEMBEDAHAN KRITIKAL

 

 

TAKAFUL PERUBATAN

KEMALANGAN RINGAN

RAWATAN HOSPITAL

PEMBEDAHAN BIASA