|
Takaful atau Insuran
penipu!!!!!!!! Contoh-contoh kes yang biasa didengar.
Kes
1
Encik A(bukan nama sebenar) telah mendapatkan kontrak takaful hayat
dengan bayaran RM100.00 setiab bulan yang boleh memberi pampasan
sehingga RM50000.00 jika berlaku kematian, sakit kritikal atau cacat
kekal. Kemudian ditimpa kemalangan yang memerlukan pembedahan
memasukkan besi ke dalam kaki. Beliau dimaklumkan oleh syarikat
takaful yang tiada pampasan akan diberikan. Penipu!!!!!!!!!!!
Komen : Encik A sebenarnya hanya mempunyai kontrak takaful
hayat, bukannya takaful perubatan. Tiada penipuan berlaku.
Yang berlaku ialah Encik A tersalah anggap takaful hayat yang
beliau perolehi akan memberi perlindungan terhadap kes-kes
perubatan.
Kes 2
Encik B(bukan nama sebenar) telah mendapatkan kontrak takaful
hayat dengan bayaran RM100.00 setiab bulan yang boleh memberi
pampasan sehingga RM50000.00. Beliau ditimpa kemalangan yang
menyebabkan kedua-dua belah kaki beliau tidak dapat berfungsi(cacat
sementara) dan memerlukan pembiayaan yang mahal bagi pembedahan.
Beliau dimaklumkan bahawa bayaran pampasan akan dibuat hanya selepas
doktor mengesahkan beliau mengalami kecacatan kekal (biasanya
mengambil masa 3 bulan ke atas bagi mengisytiharkan sebarang
kecacatan kekal). Maka, beliau tidak mendapat sebarang pembiayaan
dan perlu menggunakan wang sendiri dahulu untuk menjalankan
pembedahan.
Komen : Encik B hanya mempunyai kontrak takaful
hayat, bukannya perubatan. Tiada penipuan. Beliau juga
tesalah anggap dan tidak dapat membezakan antara kecacatan
sementara dan kecacatan kekal.
|